SELAMAT DATANG KE LAMAN SK.DATO' KAYAMAN

SKDK

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' KAYAMAN.

BATU 2 1/2 JALAN DATO' KAYAMAN, CHUPING

02450 BUKIT KETERI,

KANGAR, PERLIS.

( RBA0009 )




TEL: 04-9384393

FAX: 04-9384390


VISI SEKOLAH

" SEKOLAH KEBANGSAAN DATO'KAYAMAN ANTARA 5 BUAH SEKOLAH LUAR BANDAR CEMERLANG DI NEGERI PERLIS TAHUN 2015 "


VISI KOKURIKULUM SEKOLAH


" MEMBENTUK MURID YANG BERPERIBADIAN UNGGUL YANG MEMPUNYAI KESEPADUAN JASMANI, ROHANI, EMOSI DAN INTELEK BAGI MEMIMPIN NEGARA DUNIA MASA DEPAN "







Rabu, 13 Februari 2013

KEJOHANAN BOLA JARING

Kejohanan Bola Jaring PKP Jejawi akan diadakan pada 18 dan 19 Feb 2013. Kejohanan kali ini dikelolakan oleh SK Dato Kayaman. Sebanyak 7 buah sekolah terlibat dalam pertandingan ini iaitu         SK. Santan, SK. IPGM, SK. Dato Kayaman, SK. Chuping, SK. Oran, SK. Kg. Salang dan SK. Jejawi.

Isnin, 28 Mac 2011

BOLA BALING MSSPs 2011

LAPada 26 Mac 2011 yang lalu telah berlangsung Kejohanan Bola Baling MSSPs 2011 di D' Futsal, Kangar, Perlis. Pasukan lelaki dari dari PKP Jejawi yang rata-ratanya diwakili oleh murid-murid dari SK. Dato' Kayaman di samping 3 orang pemain dari SK. IPGM, Kangar telah melayakkan diri ke perlawanan akhir dan akan menentang pasukan dari PKP Kangar pada 1 April 2011. Pada peringkat PKP Jejawi, SK. Dato' Kayaman telah menjadi johan selama 5 tahun berturut-turut termasuk pasukan perempuan.

Rabu, 23 Mac 2011

PERTANDINGAN BERCERITA

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu untuk Tahap 1 dan Tahap 2 akan diadakan di SK. Dato' Kayaman pada 16 April 2011 peringkat PKP Jejawi, Perlis. Pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid dan memberi pendedahan kepada mereka  membina keyakinan diri.

Selasa, 15 Februari 2011

PROGRAM GOTONG-ROYONG

Pihak sekolah SKDK mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga sekolah dan juga para ibu bapa yang telah bersama-sama menjayakan Program Gotong-Royong yang diadakan di SKDK pada Hari Ahad bersmaan dengan 13 Februari 2011. Tujuan utama program itu diadakan adalah untuk membersihkan kawasan padang sekolah dan kawasan-kawasan sekelingnya. Program tersebut dapat dijalankan dengan jayanya dan mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak termasuk PIBG sekolah.

Sabtu, 22 Januari 2011

KEJOHANAN MERENTAS DESA

Kejohanan Merentas Desa telah diadakan pada 22 Januari 2011 ( Sabtu ). Kejohanan kali ini melibatkan semua murid dari Prasekoalah hingga Tahun 6. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Guru Besar Sk. Dato' Kayaman iaitu Pn. Hjh. Norhayati Bt. Mohd Yahya. Hadiah-hadian telah disediakan dalam semua kategori murid dari Prasekolah hingga Tahun 6.